Punca-punca timbulnya jerawat
JITRA, 2 Feb (HPM)—Jerawat selalunya dikaitkan kepada remaja yang sedang meningkat dewasa kerana sedang mengalami perubahan hormon yang menyebabkan timbulnya jerawat di beberapa bahagian tertentu .
Hilang keyakinan seseorang apabila mempunyai jerawatJITRA, 2 Feb (HPM)—Jerawat selalunya dikaitkan kepada remaja yang sedang meningkat dewasa kerana sedang mengalami perubahan hormon yang menyebabkan timbulnya jerawat di beberapa bahagian tertentu .
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
(Sumber: Dr. Rozmey / Herba Prima Marketing)
No comments:
Post a Comment