Ikan penyumbang utama protein untuk badan manusia.
Ia membekalkan 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuk otak serta jantung. Pada 1995, kadar pengambilan ikan di ialah sebanyak 39.1 peratus dan dijangka meningkat 56 peratus menjelang 2010. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi.
Kandungan protein dalam isi ikan berbeza mengikut corak pemakanan, jantina, umur, kandungan lemak dan air di persekitaran. Ikan yang kurang berlemak mengandungi protein lebih tinggi berbanding ikan berlemak dan ia menyimpan lemak di dalam hati. Ikan siakap, kerisi, merah, kerapu dan jenahak dikategorikan sebagai kurang berlemak.
Ikan yang berlemak pula ialah ikan yang menyimpan lemak dalam tisu badan yang lain. Ikan pelagik seperti kembung, cencaru, bawal, tenggiri dan selar kuning adalah antara jenis ikan berlemak. Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan lemak kalori dalam ikan juga adalah rendah. Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasakan ikan.
Kajian menunjukkan ada kaitan antara diet yang mengandungi ikan dengan penurunan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser, selain menggalakkan perkembangan otak bayi. Maka tidak hairan masyarakat antara pengguna ikan yang banyak di dunia menggunakan slogan ‘Makan Ikan untuk Kekal Sihat’.
(Sumber: Jabatan Kesihatan Wilayah Perseketuan KL&Putrajaya)
No comments:
Post a Comment