plezz click here.....tq very much...:-))

Saturday, January 15, 2011

Bapa tiri kena 18 tahun, sebat 6 kali



Tertuduh mengaku laku jenayah rogol, cabul

AYER KEROH: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan mencabul anak tirinya berusia sembilan tahun pada 2008 dan tahun lalu.Tertuduh berusia 52 tahun itu didakwa merogol mangsa di kediaman mereka dekat sini, pada penghujung 2008, kira-kira jam 2 pagi, manakala perbuatan mencabul didakwa berlaku di tempat sama, pada pertengahan November 2010, pada kira-kira jam 4 petang.



Dia didakwa mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354, Kanun Keseksaan masing-masing atas tuduhan merogol dan mencabul.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dengan enam sebatan bagi kesalahan rogol, manakala penjara enam tahun bagi kesalahan mencabul.
Beliau memerintahkan supaya hukuman dijalankan secara serentak, bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 29 Disember 2010.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin bersama Mohd Asri Abd Rahman Sidik manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tuduhan didakwa merogol anak tirinya ketika mangsa datang kepadanya pada kira-kira jam 2 pagi selepas takut tidur bersendirian dalam bilik.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mencabul mangsa dalam sebuah bilik pada kira-kira jam empat petang ketika anak tirinya itu sedang tidur.

Oleh Nurhasyima Hasim

2011/01/06

No comments:

Post a Comment