plezz click here.....tq very much...:-))
Saturday, January 15, 2011
Budak mati terjerut
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
2011/01/06
Mangsa main tali langsir sebelum leher terbelit
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui mati, dipercayai terjerut dengan tali penyangkut langsir ketika bermain di rumahnya di Taman Timah Mergong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Tan Yin Sheng yang juga seorang kanak-kanak hiperaktif dipercayai bermain seorang diri dengan tali penyangkut langsir setinggi setengah meter di ruang tamu rumahnya manakala emak, nenek dan adiknya berada di dapur dan bilik tidur.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata polis menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira jam 10.40 malam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“Mangsa dipercayai duduk di atas sofa berdekatan tali penyangkut langsir itu sebelum bermain-main dengan tali berkenaan dengan membelitnya pada leher dan dipercayai mati akibat terjerut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu, nenek dan adiknya berusia tujuh bulan, manakala bapa mangsa yang berkerja sebagai penjual sayur tiada di rumah kerana keluar berkerja sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Nenek kemudian menjenguk cucunya di ruang tamu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan terkulai di atas sofa dengan lehernya terjerut.
“Mangsa kemudian dibawa ke Putra Medical Centre (PMC), namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa pulang semula ke rumahnya,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan serta mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat dan hasil bedah siasat yang diterima petang semalam mendapati mangsa mati akibat tergantung,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment