plezz click here.....tq very much...:-))

Saturday, January 15, 2011

Keputusan kes pekerja kilang bunuh bayi 25 Januari



GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 25 Januari ini untuk keputusan kes seorang pekerja kilang berusia 19 tahun yang didakwa membunuh bayi perempuannya yang baru lahir di sebuah tandas di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di sini pada Disember 2009.



Nurul Syuhada Shamsudin yang berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas wanita di tingkat atas bahagian pengeluaran sebuah kilang di zon perindustrian berkenaan, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 31 Disember 2009.

Tertuduh yang bertudung dan berbaju kurung ungu dengan diiringi anggota polis ketika dibawa ke mahkamah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Zamani Abdul Rahim menetapkan tarikh keputusan itu dalam kamar, dengan dihadiri peguambela, E Gnasegaran, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya (DPP), Azhar Mokhtar dan L Umma Devi.

Penetapan tarikh berkenaan dibuat selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujahan masing-masing.

No comments:

Post a Comment