Solat merupakan tiang agama bagi Umat Islam...Oleh itu saya sertakan antara dosa-dosa jikalau kita meninggalkan solat..Semoga ianya memberikan kita kesedaran...amin..
plezz click here.....tq very much...:-))
Friday, January 28, 2011
DOSA-DOSA BESAR....
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
15 AZAB MENINGGALKAN SOLAT...............
15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.
6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
12 BARISAN DI AKHIRAT
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
MAKANAN TURUNKAN KOLESTROL....
Bagi yang ingin menghindari masalah kolesterol ada baiknya jika anda mula mempertimbangkan makanan sihat antikolesterol. Berikut disenaraikan beberapa makanan terbaik yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan melindungi serta pembuluh darah anda.
Jerawat di kemaluan lelaki & wanita...
Kita sebagai individu yang sempurna perlu peka terhadap kesihatan diri..tiada siapa yang lebih mengetahui dengan mendalam keadaan fizikal kita melainkan diri kita...oleh itu, amat penting supaya sering membuat pemeriksaan terhadap diri dan jikalau tidak pasti apa yang berlaku kepada diri, jagan malu berjumpa doktor...
Sayangilah diri anda...saya sertakan beberapa kisah benar berkenaan topik ini..
8 Tip Mudah Penjagaan Kesihatan Payudara..(Kesihatan Wanita)
Sebagai wanita kita sememangnya perlu menjaga kesihatan diri.Saya sertakan beberapa tips penjagaan wanita di mana maklumat tersebut saya perolehi daripada sumber yang boleh dipercayai..
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SECARA UMUM DAN MAKLUMAN PERUBATAN UMUM.
- Saya memetik artikel ini daripada blog Klinik Dr.Azmi...Semoga ianya dapat memberikan kita input yang berguna..Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati blog beliau..
HUKUM ONANI DAN CADANGAN PENYELESAIAN .....
Penulis : Ustaz Buluh IluvIslam
Saya petik artikel ini daripada Ustaz Buluh IluvIslam. Semoga ianya memberikan kita panduan..
Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.
Mandi Wajib – Nampak Mudah Tapi Penting
Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita.
ENAM MASALAH KESIHATAN PALING MEMALUKAN WANITA
ANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah lain yang ‘sewaktu’ dengannya.
BAIK BURUK DIET SESUKA HATI
Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka.
Tips Penjagaan untuk Wanita..
Jangkitan yang berulang boleh merosakkan Sistem Peranakan. Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Amalan gaya hidup sihat cegah NCD
Masyarakat perlu utama kesihatan diri, keluarga elak diancam penyakit berbahaya
Kanser pembunuh utama
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melancarkan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.
23.6 juta berisiko maut akibat penyakit jantung menjelang 2030
KEMPEN cara hidup sihat memerlukan komitmen semua pihak kerana ia kunci utama bagi mengelakkan penyakit jantung.
Tuesday, January 18, 2011
Saturday, January 15, 2011
Gugur kandungan berkali-kali
“LEPAS lahir saja bayi itu, saya nak buang di mana-mana. Tidak kiralah dalam longkang ke, atau ke dalam hutan sekali pun, saya sanggup. Sudah puas saya makan buah nanas, naik pecah-pecah bibir dan mulut. Minum arak dan ragi, tetapi ia terus melekat di situ. Saya tidak mahukan anak ini. Buat apa saya kendong ke sana ke mari selama sembilan bulan kalau ia memang membebankan? Saya hanya inginkan keseronokan, bukannya menyusahkan hidup saya.”
Jurujual mengaku cabul 96 kanak-kanak
JAKARTA: Seorang jurujual barangan permainan Indonesia yang ditahan di Jakarta baru-baru ini kerana didakwa merogol seorang budak lelaki sekolah rendah membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dirinya merogol sekurang-kurangnya 96 kanak-kanak di bawah usia 17 tahun.Sartono, 34, ditahan di stesen Kota selepas ibu bapa seorang budak lelaki berusia 14 tahun dikenali sebagai H.R. L membuat laporan polis mengenai anak lelakinya, lapor Jakarta Globe, semalam.
KEWAJARAN PENDIDIKAN SEKS.....
Laporan akhbarkosmo hari ini memaparkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang tidak bersetuju pendidkan seks di ajar sekolah pada waktu sekarang. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.
TABU ATAU PERLU PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH?
KESESUAIAN dan kesan pendidikan seks untuk pelajar sekolah menengah di Malaysia tidak habis-habis dibincangkan dan sehingga kini masih belum ada pelaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah.Di dalam sebuah laman web, seorang pengguna bertanya mengenai keburukan ajaran pendidikan seks di kalangan pelajar sekolah menengah.Menjawab soalan tersebut, seorang pengguna lain berpendapat sambil menegaskan tiada sebarang kesan buruk mengenai pengajaran subjek itu, bahkan ia perlu dimulakan lebih awal lagi.
RESTORAN JUAL AIR SUAM RM1 SEGELAS BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG: KPDNKK
GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan terhadap sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong di sini yang menjual air suam pada harga RM1 segelas. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, M Guna Selan, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan restoran itu mengenakan bayaran bagi air suam,walaupun harganya tidak terdapat dalam menu.Selain itu, beliau berkata, pelanggan tetap dikenakan bayaran bagi air suam walaupun mereka memesan makanan dan minuman lain.
Bapa tiri kena 18 tahun, sebat 6 kali
Tertuduh mengaku laku jenayah rogol, cabul
AYER KEROH: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan mencabul anak tirinya berusia sembilan tahun pada 2008 dan tahun lalu.Tertuduh berusia 52 tahun itu didakwa merogol mangsa di kediaman mereka dekat sini, pada penghujung 2008, kira-kira jam 2 pagi, manakala perbuatan mencabul didakwa berlaku di tempat sama, pada pertengahan November 2010, pada kira-kira jam 4 petang.
Gadis dakwa dirogol teman ruangan majalah hiburan
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini bukan saja dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya melalui ruangan mencari teman sebuah majalah hiburan, malah suspek turut menyimpan gambar bogel gadis itu. Gadis berusia 15 tahun itu dikatakan menghantar gambar bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) selepas hanya seminggu mengenalinya, walaupun belum pernah berjumpa.
DIROGOL EMPAT RAKAN ABANG KANDUNG
KULIM – Ayu (bukan nama sebenarnya) hanya berusia 13 tahun, tetapi kanak-kanak dari Selama, Perak ini, menjalani kehidupan yang terlalu pahit untuk insan semudanya.Antara yang paling menyayat hati, dia tidak pernah merasa kasih sayang ibu bapa, di samping diperkosa lelaki.Semasa kecil, anak bongsu daripada empat beradik itu bukan saja sering diherdik, malah dipukul ibu dan bapanya apabila dia melakukan sedikit kesilapan.
FMD serang lima negeri
2011/01/06
RM2 juta bantu penternak terjejas penyakit kuku dan mulut
PUTRAJAYA: Wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang menyerang ternakan lembu tenusu, dikesan di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun berkata wabak itu dalam keadaan terkawal.
Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi membantu penternak yang terjejas akibat wabak berkenaan, termasuk pemberian wang tunai, lembu tenusu serta perubatan.
Abdul Aziz turut menafikan laporan 20 pusat ternakan terjejas akibat wabak FMD di Negeri Sembilan.
“Hanya empat pusat di negeri itu terjejas akibat penyakit yang boleh menjangkiti semua ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan babi, tetapi tidak berjangkit kepada manusia.
“Jabatan Perkhidmatan Veterinar mensasarkan 2016 bagi mencapai status bebas FMD,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai lembu tenusu di sini, semalam.
Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata Pusat Kuarantin Antarabangsa (IQC) perlu dibina bagi membendung penularan wabak seperti FMD dan penyakit lain yang menyerang ternakan kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
Katanya, IQC dijadikan penempatan sementara ternakan dari luar negara bagi membina imunisasi haiwan terbabit, selain memantau kehadiran wabak penyakit.
“Ternakan akan ditempatkan di IQC sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan, sebelum dibawa ke pusat ternakan,” katanya.
Beliau berkata, kos pembinaan IQC dianggarkan kira-kira RM10 juta dan ia perlu dibina di lokasi terpencil seperti pulau, dengan keluasan 8.0937 hektar. - BERNAMA

Budak mati terjerut
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
2011/01/06
Mangsa main tali langsir sebelum leher terbelit
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui mati, dipercayai terjerut dengan tali penyangkut langsir ketika bermain di rumahnya di Taman Timah Mergong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Tan Yin Sheng yang juga seorang kanak-kanak hiperaktif dipercayai bermain seorang diri dengan tali penyangkut langsir setinggi setengah meter di ruang tamu rumahnya manakala emak, nenek dan adiknya berada di dapur dan bilik tidur.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata polis menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira jam 10.40 malam memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“Mangsa dipercayai duduk di atas sofa berdekatan tali penyangkut langsir itu sebelum bermain-main dengan tali berkenaan dengan membelitnya pada leher dan dipercayai mati akibat terjerut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu, nenek dan adiknya berusia tujuh bulan, manakala bapa mangsa yang berkerja sebagai penjual sayur tiada di rumah kerana keluar berkerja sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Nenek kemudian menjenguk cucunya di ruang tamu rumah dan terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan terkulai di atas sofa dengan lehernya terjerut.
“Mangsa kemudian dibawa ke Putra Medical Centre (PMC), namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa pulang semula ke rumahnya,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan serta mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat dan hasil bedah siasat yang diterima petang semalam mendapati mangsa mati akibat tergantung,” katanya.
Selaras kalendar IPTA, sekolah......
Oleh Haika Khazi
2011/01/06
Kajian teliti perlu dilakukan elak sistem cuti persekolahan, SPM terjejas
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta melakukan kajian menyeluruh terhadap cadangan pelaksanaan penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September kerana ia turut memberi kesan kepada tempoh menunggu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi untuk ke universiti.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata KPT juga perlu mengambil kira pandangan Kementerian Pelajaran dan golongan profesional bagi memastikan pelaksanaan kalendar akademik baru itu dapat diterima semua pihak.
“Saya difahamkan memang sudah ada perbincangan antara Kementerian Pelajaran dan KPT mengenai perkara berkenaan, namun ia tetap memerlukan kajian terperinci oleh kumpulan profesional.
“Ini disebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sebarang keputusan diambil oleh KPT perlu dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran kerana ada implikasinya.
“Kita perlu dilihat sebagai perancangan menyeluruh kerana pelaksanaan itu ada hubung kait dari segi sistem cuti persekolahan (cuti lepasan SPM) dan pengambilan pelajar baru di pusat matrikulasi di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan buku bertajuk Ulam - Salad Herb of Malaysia sumbangan Kumpulan Syarikat Masbe untuk diagihkan kepada lebih 2,800 sekolah menengah, pusat matrikulasi dan institut perguruan (IPGM) di seluruh negara, dalam tempoh terdekat.
Ka Siong mengulas cadangan KPT untuk melakukan penyelarasan Kalendar Akademik IPTA dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014.
Kemasukan ke matrikulasi yang diselia Kementerian Pelajaran pada Mei. Cuti sekolah tahun ini pula ialah pada 12 hingga 20 Mac; 1 hingga 12 Jun dan 19 November hingga 1 Januari 2012.

WANITA JALANI RAWATAN IVF MAUT...
TAN bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di Pekan, semalam.
Oleh Khairulmizan Yahya
bhnews@bharian.com.my
2011/01/01
Perut mangsa semakin membengkak, koma selepas lakukan pembedahan
PEKAN: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk mendapatkan bayi melalui rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF) bertukar mimpi ngeri apabila wanita terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rabu lalu.
Lui Gah Chieng, 34, disahkan meninggal dunia di wad HTAA kira-kira jam 2 petang, selepas hampir tiga minggu menanggung kesakitan yang didakwa berpunca daripada rawatan IVF sehingga terpaksa menjalani pembedahan.Suaminya, Tan Yang Long, 39, berkata, beliau amat sedih apabila bukan saja harapannya untuk mendapatkan cahaya mata tidak kesampaian tetapi turut kehilangan isteri tercinta yang dikahwininya enam tahun lalu.
"Walaupun sudah lama berkahwin, kami tidak dikurniakan anak, lalu mendorong kami untuk mencuba rawatan berkenaan," katanya yang tidak mampu menahan sebak selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang isterinya, semalam.Katanya, sebelum melakukan rawatan itu, mereka pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di ibu negara dan disahkan sihat sepenuhnya serta tidak mempunyai sebarang penyakit.
"Malah doktor yang membuat pemeriksaan kepada kami itu turut memberi galakan supaya melakukan rawatan berkenaan dan dengan perasaan teruja kami nekad melakukannya di HTAA di sini.
"Proses rawatan berkenaan bermula 26 Oktober lalu dan segala-galanya berjalan lancar, malah isteri kelihatan gembira apabila harapan kami mendapatkan anak bakal tercapai," katanya.
Bagaimanapun, Tan berkata, pada 15 Disember lalu, isterinya mula mengadu sakit terutama pada bahagian perut dan keadaannya semakin tenat malah perutnya juga semakin membengkak.
"Perutnya membengkak sehingga ukuran asal pinggangnya 63.5 sentimeter (25 inci) membesar kepada 88.9 sentimeter (35 inci) malah berat badannya juga naik mendadak sebanyak 15 kilogram sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.
"Pembedahan dijalankan pada 25 Disember lalu bagaimanapun tidak memulihkan keadaannya sebaliknya mendiang semakin tenat dan berada dalam koma sebelum disahkan meninggal dunia.
"Pihak hospital memaklumkan kepada kami bahawa mendiang meninggal dunia akibat organ utamanya gagal berfungsi dan alasan terbabit sukar diterima memandangkan keadaannya sihat sebelum menjalani rawatan IVF," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menegaskan akan menyiasat punca utama kematian mangsa.
"Saya sudah menerima laporan awal daripada hospital berkenaan mengenai kematian mangsa yang dikatakan mengalami komplikasi terhadap rawatan yang dijalankan ke atasnya.
"Mendiang yang mengadu sakit di bahagian abdomen ditahan di wad ketika dibawa ke HTAA pada 15 Disember lalu untuk menjalani rawatan lanjut," katanya.Beliau berkata, keadaannya yang semakin teruk menyebabkan mendiang perlu menjalani pembedahan yang agak rumit dan mengalami pendarahan teruk sepanjang pembedahan dijalankan.
"Keadaan diri mendiang semakin teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas semua organ utamanya gagal berfungsi.
"Siasatan awal mengesan komplikasi yang berlaku mendapati mendiang menghidap ovarian hyperstimulation syndrome dan siasatan mengenainya dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar..
MY BRAIN15...
Wawancara: Inisiatif MyBrain15
2010/09/02
Prof Dr Azizul Halim Yahya
Usaha lahirkan lebih ramai pemegang PhD bantu tingkatkan ekonomi, teknologi negara kelak
MENJADI satu kemestian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nilai prestij sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu diukur dengan kelayakan akademik dimiliki tenaga pengajarnya. Bagi mencipta keseimbangan peratusan tenaga akademik di setiap IPT tanah air, kerajaan memperkenalkan Inisiatif Mybrain15 bagi menggalakkan lebih ramai pensyarah memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dianggarkan bakal membelanjakan kira-kira RM250 juta setahun bagi melahirkan 5,000 pemegang PhD untuk merealisasikan Inisiatif MyBrain15 itu.
Ikuti temubual wartawan Varsiti, Nik Sukry Ramli bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Azizul Halim Yahya bagi mengupas lebih jauh mengenai Inisiatif MyBrain15 dan peranannya dalam membawa negara ke tahap yang setanding dengan negara maju dunia.
Pada pandangan Prof, adakah dengan adanya program seperti Inisiatif MyBrain15, dan peningkatan jumlah pensyarah memiliki PhD, dapat memberikan kesan terhadap kualiti pelajar yang dihasilkan?
Penetapan Critical Agenda Project (CAP) MyBrain15 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menjadi ukuran prestasi untuk menjadi sebuah negara maju. PhD bukan sekadar segulung ijazah, tetapi kita harus melihat kepada komponen pada pemegang PhD itu sendiri. Pertamanya, PhD tidak akan diperoleh tanpa membuat penyelidikan. Penjanaan ilmu baru hanya boleh berlaku jika penyelidikan dilakukan. Ilmu baru inilah yang memastikan sesebuah negara berkembang, berinovasi, memiliki produktiviti yang tinggi di samping melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Keduanya, PhD adalah kaedah bagi membentuk kakitangan akademik menjadi ahli akademik tersohor yang mengutamakan aspek kesarjanaan.
Perlu kita ingat, Mybrain15 ini bukan setakat untuk melahirkan pemegang PhD di IPT saja, tetapi adalah strategi melahir atau meningkatkan lagi jumlah pemegang PhD di negara ini. Inisiatif Mybrain15 ini adalah tepat dan harus disokong oleh semua pihak. Walaupun memerlukan perbelanjaan tinggi, pulangannya juga adalah berpatutan. Saya pasti hasil usaha yang dijalankan akan dapat dilihat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dengan wujudnya IPT yang dilabelkan sebagai Universiti Penyelidikan (RU), keadaan ini menjadi desakan terbaru, dibebani pihak pengendali IPT itu sendiri dan tenaga pengajarnya. Sudah menjadi syarat, bagi menepati status sebagai RU, IPT berkenaan perlu memiliki sekurang-kurangnya 75 peratus tenaga akademik yang terdiri daripada pemegang PhD. Jadi, bagaimana Prof melihat isu ini?
Keputusan mewujudkan RU oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada universiti yang terpilih dan satu bentuk cabaran yang diberikan kepada IPT berkenaan. Status RU ini tidak sepatutnya menjadi satu desakan ataupun beban kepada IPT dan juga warga mereka. Desakan ini hanya dirasai oleh mereka yang sukar untuk mengubah status quo mereka terutama dari aspek budaya kerja yang selama ini sudah sebati dengan mereka. Harapan sebenarnya untuk universiti bertaraf RU ini adalah dari segi untuk meningkatkan kecemerlangan dalam melahirkan graduan yang berkualiti di samping meningkatkan lebih ramai graduan pada peringkat sarjana dan PhD.
Kita juga perlu melihat satu perkara yang penting iaitu bidang penyelidikan yang harus diselidik. Sebagai contoh di Amerika Syarikat kira-kira 20 tahun lalu, bidang Sains Pertanian, Biologi, Matematik, Komputer, Kejuruteraan, Fizik, Aeroangkasa dan pelbagai lagi diberi keutamaan. Hasilnya, perubahan mendadak kepada corak topografi, industri, ekonomi dan teknologi berlaku, dan kini dinikmati negara berkenaan. Sehubungan itu universiti di negara kita juga harus melihat potensi bidang yang berkemungkinan dilihat sebagai bidang utama pada 10 dan 20 tahun akan datang.
Apakah MyBrain15 yang diinspirasikan oleh kerajaan ini mengambil model dari negara lain?
Konsep MyBrain15 ini sudah diwujudkan di beberapa negara seperti Korea Selatan. Mereka sudah mengeluarkan garis dasar seperti di negara kita. Kita boleh lihat ekonomi mereka dulu adalah hampir menyamai negara kita, tetapi pada hari ini pencapaian mereka meningkat dengan mendadak dan hampir menyamai Jepun dari segi teknologi dan inovasi. Begitu juga dengan Jepun. Mereka sentiasa melaksanakan penyelidikan dan menambah baik apa yang sedia ada.
Sehubungan itu, pernyataan sama ada konsep MyBrain15 ini diambil dari negara lain bukanlah menjadi isu yang penting di sini, tetapi kepercayaan terhadap konsep MyBrain15 itu sendiri sebenarnya yang menjadi keutamaan.
Bagaimana Prof melihat kepentingan memastikan Inisiatif MyBrain15 ini direalisasikan bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) Ekonomi Berasaskan Inovasi?
Antara objektif utama MBE ini adalah bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia dalam menjadikannya negara yang memiliki pendapatan tinggi dan perkembangan yang berkualiti. Maksudnya di sini adalah dari aspek kelestarian yang mana semua melihat bahawa peranan yang dimainkan oleh pelbagai sektor adalah amat penting. Jadi seperti yang saya sebut sebelum ini, kita perlu melihat bahawa dengan berjayanya inisiatif MyBrain15 ini, maka akan terdapat lebih ramai pemegang PhD di negara kita. Bilangan pemegang PhD yang ramai juga akan membawa kepada lebih ramai cendekiawan dan sarjana asing ke negara ini.
Secara tidak langsung dan sudah pasti inovasi serta idea baru akan dapat diketengahkan dan idea inilah sebenarnya kita lihat sebagai modal pembangunan kejayaan sesebuah negara itu terutama dalam aspek untuk mentransformasikan ekonomi sesebuah negara untuk mencapai dan memiliki rakyat yang berpendapatan tinggi. Berjayanya inisiatif MyBrain15 juga bermakna akan lahir lebih ramai sarjana, cendekiawan, perusahaan industri yang berdasarkan inovasi di samping dapat mewujudkan pemikiran yang baru.
RM2.68b lancar tiga program baru MyBrain15
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/12/02
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi semalam melancarkan tiga program baru di bawah MyBrain15 dengan peruntukan sebanyak RM2.68 bilion, dalam usaha meningkatkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2015.
Tiga program baru itu ialah Program Pembiayaan Ijazah Sarjana Dalam Negara (MyMaster), Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Kedoktoran Dalam Negara (MyPhD) dan Program PhD Industri.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) itu turut membabitkan Program Skim Latihan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).
“Kementerian menetapkan sasaran menghasilkan 24,300 pemegang PhD dan 40,000 pemegang Ijazah Sarjana dalam RMKe-10, jadi pelaksanaan empat program ini diharap mampu menyumbang kepada peningkatan bilangan itu.
“Pada masa sama, program MyMaster dan MyPhD dijangka dapat merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab inovasi kerana penyelidikan kini dilakukan di IPT tempatan dan bukan lagi di luar negara,” katanya selepas melancarkan Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan di bawah RMKe-10 kementeriannya di sini, semalam.
Mengulas mengenai syarat permohonan, Mohamed Khaled berkata, peserta MyPhD perlu berkhidmat dalam negara selama lima tahun manakala MyMaster perlu menamatkan pengajian di IPT terbabit dan jika gagal berbuat demikian mereka perlu membayar balik kos pembiayaan berkenaan.
“Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan dalam talian sepanjang tahun mulai hari ini (semalam) dan semua permohonan akan diproses dalam empat fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober,” katanya.

JENAYAH SIBER....
Semua pihak perlu tangani jenayah siber
SEMUANYA di hujung jari anda. Frasa ayat ini cukup popular ketika ini. Memang, kecanggihan teknologi maklumat (IT) mendorong kita memilih sesuatu yang boleh dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.Jika boleh, semua urusan mahu dibuat di satu tempat. Faktor masa dan belanja banyak mempengaruhi pilihan ini.
Justeru, apabila pihak bank berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan on-line atau lebih dikenali sebagai perbankan Internet, ramai yang mengalu-alukan usaha ini. Sebagai pengguna, ia dilihat menguntungkan mereka.Namun dalam masa sama, ada perkara yang terus menjadi kebimbangan. Sejauh mana kaedah ini selamat digunakan atau dalam bahasa mudah, sejauh mana wang pengguna mampu dilindungi terus menjadi tanda tanya. Walaupun pihak bank berkali-kali mengatakan keselamatan menjadi keutamaan mereka, hakikatnya, masih ada pengguna yang mengadu kehilangan wang menerusi transaksi yang dijalankan, tanpa sedar mahupun disedari.
Mengapa ini berlaku? Alasan yang diberikan oleh pihak bank apa yang berlaku bukan kerana kesilapan mereka. Segala urusan yang disediakan dijamin mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Tambah mereka lagi, pelanggan bukannya tertipu sewaktu berurusniaga dengan bank, tetapi sebelum itu lagi. Maknanya ada pihak lain yang ‘memotong jalan’ menggunakan kaedah-kaedah yang sama seperti disediakan oleh bank terbabit.
Lebih tepat, laman-laman web perbankan telah diciplak untuk ‘menghalalkan’ penipuan tersebut. Sebagai pengguna, dapatkah kita menerima alasan ini? Tentu jawapannya tidak. Hakikatnya, pengguna bukan sahaja tertipu tetapi mungkin juga terpaksa membayar harga perkhidmatan yang ‘ditawarkan' pihak tertentu. Menurut seorang pakar komputer yang enggan dikenali, dengan hanya memiliki sebuah komputer, Internet dan perisian pelayar, seseorang boleh mencipta laman web bank untuk melesapkan berjuta ringgit wang pelanggan.
“Malah untuk mencipta laman web palsu ini, mereka tidak memerlukan masa yang lama, hanya kira-kira satu hingga dua jam sahaja,” katanya sambil menjelaskan perisian yang dimaksudkan boleh didapati di pasaran.Kegiatan itu bagaimanapun tidak boleh meniru URL (alamat domain) asal laman web berkenaan kerana ia dilindungi, tetapi mereka boleh mewujudkan rangkaian alternatif sehingga mengelirukan para pelanggan bank.
Pelik
Ini bukan satu perkara yang pelik. Baru-baru ini Pusat Keselamatan dan Tindak Balas Kecemasan Teknologi Komunikasi dan Maklumat Negara (NISER) mengesan penipuan yang berlaku.Serentak itu, pihak polis telah menangkap empat pelajar universiti dan sembilan yang lain kerana mencipta laman web palsu bank-bank tempatan untuk mencuri maklumat pelanggan sebelum mengeluarkan wang mereka. Malah dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 159 kes kecurian identiti pelanggan perbankan Internet telah dikesan, meningkat 27 kes berbanding 132 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah kerugian bagaimanapun tidak dapat diperoleh kerana dirahsiakan oleh pihak perbankan terbabit.
Usaha pihak polis yang berjaya memberkas penjenayah siber ini harus dipuji, namun itu bukanlah pengakhiran kepada kisah penipuan ini. Mungkin masih banyak penjenayah yang lebih bijak tetapi masih bebas di luar sana. Lalu apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), DigiCert Sdn. Bhd., Noor Azli Othman, untuk menjamin keselamatan, setiap bank harus mempunyai sijil digital. Sijil digital tersebut jelasnya, mampu memastikan setiap pemalsuan laman web dikenal pasti dengan serta-merta.
“Saya tidak menafikan orang masih boleh menciplak laman web terbabit tetapi dengan adanya sijil digital, pengguna boleh tahu tulen atau tidak sesuatu laman web itu,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
DigiCert adalah syarikat pengeluar sijil pengesahan digital untuk urus niaga secara elektronik. Sijil digital merupakan keperluan yang penting bagi memastikan keselamatan yang berterusan untuk transaksi dalam talian.Ia juga adalah kenyataan yang mengesahkan identiti seseorang dan keselamatan laman web.
Setakat ini beberapa agensi kerajaan telah mengguna pakai kaedah ini termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan semua syarikat pembekal yang berdaftar dengan kerajaan. Noor Azli berkata, sijil digital pihaknya berasaskan infrastruktur kunci awam (IPK) untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan sekaligus meningkatkan tahap kepercayaan komunikasi Internet. Ia telah diterima di seluruh dunia sebagai kaedah yang paling menjamin keselamatan setakat ini.
Ancaman
Membincangkan tentang ancaman siber, perkara ini bukan baru. Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), masalah ini telah wujud awal lagi. Namun usaha untuk mencegah giat dilakukan dari semasa ke semasa.Tidak dinafikan dalam persaingan dunia global, ancaman siber sebenarnya sering dihadapi oleh para pengguna komputer masa kini memandangkan kebanyakannya mempunyai sambungan kepada rangkaian Internet.
Apa yang pasti ialah, kesan ancaman siber ini boleh merebak secara global dalam masa yang amat singkat dan lebih membimbangkan ia tidak bersifat setempat atau terhad mengikut sempadan seperti keganasan fizikal. Jika ada pihak yang bimbang dengan penularan jenayah siber perbankan Internet, ada pihak lain melihat, masalah sebenar membabitkan keselamatan proses transaksi tersebut berpunca daripada pengguna itu sendiri.
“Saya percaya masalah ini wujud kerana pengguna kita sendiri yang tidak berhati-hati,” kata Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Aziz Deraman.Mengambil dirinya sendiri sebagai contoh pengguna tetap perbankan Internet, Prof. Aziz mengakui sekiranya pengguna itu celik komputer, tidak akan timbul masalah yang sedang membelenggu sesetengah pihak ini.
“Pihak bank tentunya mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Dari segi bank sendiri mungkin tiada masalah tetapi yang menimbulkan masalah ialah pihak luar. Kerana itu kita sebagai pengguna perlu berhati-hati,” katanya.Bagaimanapun untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi kebaikan kedua-dua pihak, beliau mencadangkan agar pihak bank menambah pengenalan-pengenalan diri pengguna dari semasa ke semasa.
Mengulas lanjut, Prof. Aziz berkata, beliau juga kurang bersetuju sekiranya ada pihak yang mencadangkan supaya menggunakan sistem lama – beratur di pejabat-pejabat pos atau bank untuk melakukan urusan kerana ia membazirkan banyak masa, tenaga dan wang selain kaedah tersebut bukan ciri-ciri sebuah negara maju.
“Kita dalam jangka untuk menjadi negara maju pada 2020, sepatutnya yang perlu dilakukan ialah mencari jalan untuk mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat. Jika semua pihak faham dan celik komputer, masalah penipuan jika tidak dapat dihapuskan pun akan dapat dikurangkan,” tegasnya.
Sememangnya penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tidak dapat dielakkan dalam mengharungi era globalisasi. Dalam hal ini, seharusnya semua pihak atau agensi yang terlibat dapat mewujudkan kerjasama serta persefahaman ke arah menangani ancaman ini. Dalam masa yang sama pengguna juga perlu memahami tanggungjawab masing-masing. Lebih utama, jurang digital perlu dikurangkan. Jika ini berlaku, jenayah siber yang dibimbangi semakin menular di negara ini akan dapat diatasi.
Oleh Siti Mariam Md. Zain(Utusan Online)
JANGAN PANDANG RINGAN JENAYAH SIBER - KATA DATUK SERI DR RAIS YATIM.
SEOUL, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak akan memandang ringan terhadap kegiatan jenayah siber kerana mendapati teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi internet dan jalur lebar mempunyai elemen atau unsur bahaya yang perlu ditangani, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Katanya walaupun protokol internet antarabangsa yang didokong kumpulan tertentu menegaskan agar internet jangan disekat, dibimbing atau ditapis, Malaysia tetap berpendirian bahawa jenayah siber bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.
"Jangan ambil ringan tentang cabaran keselamatan dalam internet dan jalur lebar walaupun masa yang sama kita tertarik dengan aspek-aspek pembangunan, hiburan dan data-data yang boleh disampaikan oleh rejim itu," katanya kepada wartawan Malaysia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Maklumat dan Komunikasi Sedunia 2010 di sini.
"Kita kena fikir, ICT melalui internet, jalur lebar ini mempunyai beberapa elemen atau unsur bahaya, yakni sekurang-kurangnya kita kena berhadapan untuk membuang dan membasmi perjudian, pornografi kanak-kanak dan perkara yang menyalahi undang-undang hasutan termasuk keselamatan negara," katanya.Rais yang mengemukakan pandangan Malaysia bahawa jenayah siber perlu diperangi atau diatasi bersama di WICS 2010 itu berkata ia telah mendapat sambutan daripada beberapa pemimpin dan wakil negara yang mengambil bahagian ke persidangan itu.
"Kita akan cuba mempelajari daripada pihak-pihak ini bagaimana kita perlu laksanakan dalam rejim (internet dan jalur lebar) di negara masing-masing," katanya.
Isu jenayah siber mungkin belum lagi penting kepada negara tertentu yang masih dalam peringkat menyelaraskan khidmat internet dan jalur lebar di negara masing-masing tetapi bagi Malaysia soal-soal seperti penipuan, hasutan dan keselamatan perlu dihadapi sebagai cabaran nasional, katanya.
Beliau berkata peruntukan undang-undang Malaysia seperti Akta Perlindungan Data Peribadi adalah antara skim untuk memberi keselamatan kepada negara.Rais berkata pada WISC itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan pandangan dengan peserta mengenai keperluan ICT dan industri jalur lebar dibawa ke tahap pemakaian dan kehidupan seharian supaya masyarakat boleh mendapat manfaat.
Persidangan dua hari WICS 2010 anjuran Suruhanhaya Komunikasi Korea bermula Selasa yang dihadiri menteri, timbalan menteri dan pemimpin dari kira-kira sembilan negara bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan membina masa depan yang lestari dengan berkongsi pengalaman dan visi negara peserta dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Menurut Rais, pada persidangan WISC itu, Indonesia mengemukakan pendapat bagaimana untuk merapatkan masyarakatnya melalui ICT manakala Mongolia pula menyatakan bagaimana setengah juta penduduknya tidak dapat dihubungi melalui ICT.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)